PRODUK THE BEAUTY HACKS (TBH)




Assalamualaikum,

Pertama sekali, ya aku baru hendak berjinak-jinak dengan Blog. Yes, Blog. Bukan suka-suka untuk aku menjadi Blogger namun aku rasa sudah tiba saat dan masanya untuk aku membuat satu medium yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Walau tak banyak sedikit pun aku harap sampai apa yang hendak aku sampaikan. Baiklah, baik aku teruskan dengan apa yang hendak aku kongsikan untuk entry pertama aku. 

Kali ini, aku rasa terpanggil untuk berkongsi tentang produk kecantikan daripada The Beauty Hacks ini sendiri atau nama singkatannya boleh diklasifikasikan sebagai TBH. TBH mempunyai banyak produknya yang tersendiri. Produk keluaran TBH meliputi 'bodycare' dan juga 'skincare'. Menarik bukan ? Hari ini suka untuk aku ceritakan berkenaan dengan Soap Bar Turmeric keluaran TBH ini. Pertama kali aku kenal TBH ini adalah dengan aku mengenal Soap Bar Turmeric. Panggilan mudahnya adalah Sabun Kunyit. Senang! 

Aku adalah tipikal lelaki yang memang jenis menjaga kecantikan muka ni (walaupun aku tak cantik sebab aku handsome haha). Oleh kerana itu, aku digelar sebagai Lelaki Metrosexual. Lelaki Metrosexual bukan lelaki yang gila seks tau. Lelaki jenis ini adalah lelaki yang memang menjaga kecantikan diri dari atas rambut sehingga bawah kaki. Tidak bermakna juga lelaki seperti ini adalah lelaki yang lembut, pondan atau homoseksual. Ah! Kalau nak menerangkan satu-satu memang kelaut Sabun Kunyit aku ni. Cukup untuk anda semua mengetahui bahawa lelaki metrosexual adalah lelaki yang menjaga jecantikan diri sahaja.

Berbalik kepada Sabun Kunyit ini, ya sabun ini adalah antara produk yang memang akan aku sarankan pada pengguna mana-mana cleanser muka, suka mencuci muka dan sebagainya untuk mencuba Sabun Kunyit ini. Alhamdulillah, semenjak aku sendiri menggunakan Sabun Kunyit ini aku tak pernah lagi rasa nak tukar beralih kepada mana-mana pencuci muka yang lain atau cleanser. Sejujurnya sabun kunyit ini juga bukan berfungsi untuk muka sahaja, malah kalau korang di luar sana memang jenis jerawat suka tumbuh di bahagian badan pun boleh untuk menggunakan sabun kunyit ini. Sangat membantu. 

Jadi, kepada korang yang mempunyai masalah kulit berjerawat, pori tak sekata atau apa sahaja, sabun kunyit ini 'highly recommended'. Sebelum itu korang semua juga kena tahu apa masalah kulit muka korang. Kalau muka berjerawat korang kena tahu adakah itu 'purguing' atau 'break out'. Ya kena tahu! 

Apa itu 'purguing' dan 'break out' ? Nanti akan aku terangkan untuk entry yang seterusnya. 

Jadi, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan sabun kunyit ni korang boleh buat research dulu melalui review-review di instagram, twitter, facebook atau mana-mana media sosial untuk kepuasan hati korang semua. 

Terima kasih.

Wanns Rahim

Comments

Popular posts from this blog

PATAH HATI

BREAKOUT / PURGUING