PATAH HATI




Assalamualaikum WBT and Hi!

Baiklah, untuk entry kali ini aku lebih suka untuk berkongsi tentang kisah kehidupan insan-insan yang pernah mengalami situasi 'patah hati'. Ya, patah hati. Bukan mudah untuk berurusan dengan hati yang sudah rosak. Bukan rosak disebabkan oleh perkara-perkara yang buruk kita lakukan, namun ia telah rosak akibat daripada permainan insan yang kita pernah percayakannya dan pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk terus menjaga hati kita. Selalunya orang yang patah hati itu, dia akan mengambil masa yang cukup lama untuk bersendirian dan membawa dirinya pergi. Kemudian dia pasti akan bangkit untuk menciptakan hal-hal yang luar biasa dalam kehidupannya.

Sama seperti kisah Zainuddin di dalam filem 'Tenggelamnya Kapal Ven Der Wick' yang menaruh harapan menggunung dengan janji-janji Hayati namun segala janji-janji itu telah dikhianati dan dibuang begitu sahaja yang mengakibatkan hati Zainuddin hancur berkeping-keping yang mungkin sukar untuk dicantumkan semula. Sukar. Tidak lama kemudian, dia bangkit untuk mencari kekuatan dirinya. Akhirnya, dia berjaya menulis sebuah buku yang bertajuk 'Terusir' yang sememangnya berdasarkan sepenuhnya kepada kisah hidupnya dengan kekecewaan yang diberikan oleh Hayati.

Untuk semua orang yang pernah mengalami kisah patah hati, percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada ketentuan yang telah Allah tetapkan. Percayalah, patah hati juga merupakan satu ujian. Allah kasih dan Dia sayang.

Ambil lah masa dan jarak sejauh mana yang diperlukan, namun jangan terlalu lama sehingga tidak mengenali diri sendiri. Segeralah bangkit dan mencipta perubahan dalam hidup. Jadi lah manfaat kepada orang-orang di persekitaranmu. Berkerja lah untuk mencapai segala impianmu.

Untuk yang hilang akan sentiasa ada pengganti yang lebih baik. Jauh lebih baik.

Terima Kasih.

Wanns Rahim

Comments

Popular posts from this blog

BREAKOUT / PURGUING

PRODUK THE BEAUTY HACKS (TBH)