PATAH HATI
Assalamualaikum WBT and Hi! Baiklah, untuk entry kali ini aku lebih suka untuk berkongsi tentang kisah kehidupan insan-insan yang pernah mengalami situasi 'patah hati'. Ya, patah hati. Bukan mudah untuk berurusan dengan hati yang sudah rosak. Bukan rosak disebabkan oleh perkara-perkara yang buruk kita lakukan, namun ia telah rosak akibat daripada permainan insan yang kita pernah percayakannya dan pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk terus menjaga hati kita. Selalunya orang yang patah hati itu, dia akan mengambil masa yang cukup lama untuk bersendirian dan membawa dirinya pergi. Kemudian dia pasti akan bangkit untuk menciptakan hal-hal yang luar biasa dalam kehidupannya. Sama seperti kisah Zainuddin di dalam filem 'Tenggelamnya Kapal Ven Der Wick' yang menaruh harapan menggunung dengan janji-janji Hayati namun segala janji-janji itu telah dikhianati dan dibuang begitu sahaja yang mengakibatkan hati Zainuddin hancur berkeping-keping yang mungkin sukar untu...